Friday, December 2, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Assalamualaikum warahmatullah....

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah....Terima kasih ya Allah atas segala kemurahan dan kasih sayangMu...Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta, Sayyidina Muhammad, para ahli baginda dan para sahabat baginda...

Hari ini kita sekali lagi kita telah melangkah ke tahun baru hijrah...Kita telah tinggalkan tahun 1432 yang penuh dengan pelbagai memori bagi mengorak langkah melakarkan memori baru pada tahun 1433...Bagi yang azamnya yang dapat dilaksanakan, bersyukurlah kepada Allah yang telah mengizinkannya...Bagi yang belum merealitikan azam tahun lepas, berazamlah tahun ini untuk dilaksanakan azam tersebut bersama-sama azam yang baru...Pohonlah doa kepada yang Maha Kuasa agar memberi keizinan dan kekuatan untuk melaksanakan azam yang telah disematkan dalam hati...

Buat para guru, selamat bercuti diucapkan...Masing-masing telah ada perancangan peribadi tersendiri untuk memenuhi cuti sekolah ini bersama-sama ahli keluarga tercinta...Walau apapun agenda kita, janganlah kita biarkan cuti ini berlalu tanpa ada muhasabah dan perancangan yang rapi untuk menghadapi sesi persekolahan tahun 2012 akan datang...Ambillah sedikit masa untuk membentuk satu strategi yang terbaik bagi pembelajaran anak-anak didik kita tahun hadapan...Anak-anak didik kita amat memerlukan sentuhan emas daripada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Akhir kalam...Selamat menyambut Maal hijrah...selamat bercuti...selamat menerima dan memberi kebaikan...

Tuesday, March 1, 2011

Senyumlah...senyumlah...wahai cek mek molek




Senyum itu kebahagiaan,


Senyum itu kesihatan,


Senyum itu kejayaan,


Senyum itu kekayaan,


Senyum itu keberkatan.




Tariklah kebahagiaan, kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keberkatan dalam hidup kita dengan senyuman...