Friday, December 2, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Assalamualaikum warahmatullah....

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah....Terima kasih ya Allah atas segala kemurahan dan kasih sayangMu...Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta, Sayyidina Muhammad, para ahli baginda dan para sahabat baginda...

Hari ini kita sekali lagi kita telah melangkah ke tahun baru hijrah...Kita telah tinggalkan tahun 1432 yang penuh dengan pelbagai memori bagi mengorak langkah melakarkan memori baru pada tahun 1433...Bagi yang azamnya yang dapat dilaksanakan, bersyukurlah kepada Allah yang telah mengizinkannya...Bagi yang belum merealitikan azam tahun lepas, berazamlah tahun ini untuk dilaksanakan azam tersebut bersama-sama azam yang baru...Pohonlah doa kepada yang Maha Kuasa agar memberi keizinan dan kekuatan untuk melaksanakan azam yang telah disematkan dalam hati...

Buat para guru, selamat bercuti diucapkan...Masing-masing telah ada perancangan peribadi tersendiri untuk memenuhi cuti sekolah ini bersama-sama ahli keluarga tercinta...Walau apapun agenda kita, janganlah kita biarkan cuti ini berlalu tanpa ada muhasabah dan perancangan yang rapi untuk menghadapi sesi persekolahan tahun 2012 akan datang...Ambillah sedikit masa untuk membentuk satu strategi yang terbaik bagi pembelajaran anak-anak didik kita tahun hadapan...Anak-anak didik kita amat memerlukan sentuhan emas daripada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Akhir kalam...Selamat menyambut Maal hijrah...selamat bercuti...selamat menerima dan memberi kebaikan...

Tuesday, March 1, 2011

Senyumlah...senyumlah...wahai cek mek molek




Senyum itu kebahagiaan,


Senyum itu kesihatan,


Senyum itu kejayaan,


Senyum itu kekayaan,


Senyum itu keberkatan.




Tariklah kebahagiaan, kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keberkatan dalam hidup kita dengan senyuman...

Saturday, November 20, 2010

KELMARIN, HARI INI DAN ESOK


Teman,

Jadikanlah kelmarin sebagai Muhasabah

Jadikanlah hari ini sebagai Mujahadah

Dan jadikanlah hari esok sebagai natijah muhasabah kelmarin dan mujahadah hari ini.

Teman,

Kata orang, barang yang lepas jangan dikenang...

Sepatutnya perlu dikenang...agar ia menjadi panduan dan pengajaran untuk kita lalui hari ini dan hari esok...

Jika kelmarin penuh bersinar, hari ini kemilaukanlah sinar itu dan esok jadikanlah ia bergemerlapan..

Namun jika kelmarin suram cahayanya, hari ini cubalah kau teranginya sedaya mampu agar esok ia akan bergemerlapan jua...

Jika hendak menangis untuk kelmarin, titiskanlah tangisan muhasabah yang akan menjana mujahadah dan natijah...

Saturday, October 23, 2010

Seorang guru....


Segala puji dan puja hanya layak bagi ALLAH, Tuhan yang memiliki sekelian alam...Terima kasih ya ALLAH atas segala anugerah dan nikmat yang Engkau berikan...Selawat dan salam untuk rasul junjungan, Sayyidina Muhammad, para ahli baginda serta para sahabat baginda...Terima kasih ya rasulullah kerana dirimu, kami tergolong dalam sebaik-baik umat...


Para guru yang dihormati,

Terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana tidak jemu mencurahkan segala ilmu kepada para pelajar. Usaha murni ini membuktikan bahawa diri seorang guru memang hebat dan luar biasa...Untuk menjadikan diri kita lebih luar biasa, lakukanlah 3 perkara ini untuk pelajar-pelajar kita...Insya ALLAH, anda pasti menjadi seorang guru yang luar biasa...


1) Sayangilah pelajar seperti seorang ayah.


2) Berkomunikasilah dengan pelajar seperti seorang sahabat.


3) Ajarilah dan didiklah pelajar seperti seorang pendidik.


Monday, October 11, 2010

MARI KITA SAMA-SAMA HAYATI LIRIK LAGU INI

Insha Allah Lyrics | Inshallah Lyrics

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way