Segala puji dan puja hanya layak bagi ALLAH, Tuhan yang memiliki sekelian alam...Terima kasih ya ALLAH atas segala anugerah dan nikmat yang Engkau berikan...Selawat dan salam untuk rasul junjungan, Sayyidina Muhammad, para ahli baginda serta para sahabat baginda...Terima kasih ya rasulullah kerana dirimu, kami tergolong dalam sebaik-baik umat...
Para guru yang dihormati,
Terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana tidak jemu mencurahkan segala ilmu kepada para pelajar. Usaha murni ini membuktikan bahawa diri seorang guru memang hebat dan luar biasa...Untuk menjadikan diri kita lebih luar biasa, lakukanlah 3 perkara ini untuk pelajar-pelajar kita...Insya ALLAH, anda pasti menjadi seorang guru yang luar biasa...
1) Sayangilah pelajar seperti seorang ayah.
2) Berkomunikasilah dengan pelajar seperti seorang sahabat.
3) Ajarilah dan didiklah pelajar seperti seorang pendidik.
No comments:
Post a Comment