Friday, December 25, 2009

KEMAHIRAN BELAJAR


Assalamualaikum,

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah Taala, pentadbi sekelian alam. Selawat dan salam untuk rasul junjungan tercinta Saiyidina Muhammad, para ahli baginda serta para sahabat baginda.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang lalu. Itulah hadiah berkat kesabaran dan kesungguhan yang tinggi yang pelajar-pelajar sekelian telah lakukan.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian,

Setiap sesuatu yang ingin kita lakukan di dunia ini akan menjadi mudah sekiranya kita benar-benar mahir tentang perkara tersebut. Untuk menjadi seorang yang mahir, kita perlulah belajar dan membina kemahiran tersebut di dalam diri kita. Apabila kita mahir, setiap perkara yang susah akan menjadi mudah bagi kita. Begitu juga dengan belajar. Belajar dengan seorang pelajar memang tidak dapat dipisahkan. Kadang-kadang kita pernah mendengar kata-kata negatif tentang belajar ini. Belajar tak seronok, memboringkan dan banyak lagi. Mungkin kata-kata ini kita dengar keluar dari mulut teman-teman kita. Tak mustahil juga mungkin keluar dari mulut kita sendiri. Mengapa kata-kata seperti itu terbit dari mulut seorang pelajar?

Jawapannya, kerana ramai pelajar yang belajar tanpa kemahiran yang betul. Kemahiran belajar yang betul perlu dikuasai dahulu oleh para pelajar bagi membolehkan mereka menerima ilmu sebaik mungkin. Dengan kemahiran belajar yang mantap, para pelajar pasti mampu menguasai setiap pelajaran yang dipelajarinya. Oleh itu, kuasailah kemahiran belajar ini sebaik-baiknya. Insya Allah, pelajar-pelajar sekelian pasti akan dapat mengecapi kejayaan seperti sahabat-sahabat kita yang telah berjaya.

Kemahiran belajar ini boleh diperolehi dengan cara menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh beberapa syarikat motivasi seperti MAP dan EXCEL TRAINING. Mungkin ada yang mengatakan kursus-kursus seperti ini agak mahal dan tak mampu untuk mengikutinya. Ada cara yang lebih murah untuk mendapatkan kemahiran belajar tersebut. Caranya adalah dengan membeli buku-buku kemahiran tersebut di kedai-kedai buku. Di negara kita Alhamdulillah, terdapat banyak buku-buku kemahiran belajar yang telah ditulis di dalam bahasa melayu. Pelajar-pelajar boleh memilihnya mengikut citarasa pelajar-pelajar sendiri.

1 comment:

s.k. said...

Assalamualaikum ..

Semasa brosing internet saya terjumpa blog ini... saya sebenarnya adalah bekas pelajar SADR dari tahun 1983-88.. Saya ada buat kumpulan Alumni SADR di Facebook. Kalau boleh saya nak minta izin pinjam skit-skit gambar2 dari blog ini untuk dimuatnaik ke Group FB Alumni SADR.

- syed.khairil@gmail.com