Assalamualaikum,
Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah, Tuhan yang maha Kaya lagi Maha Berkuasa...Selawat dan salam keatas junjungan mulia, Saidina Muhammad, para Ahli Baginda serta para Sahabat baginda...
Terlebih dahulu maaf dipinta kerana telah lama tidak dikemaskinikan blog ini...Boleh dikatakan dah hampir 4 bulan...Terasa rindu nak menulis dalam blog ni, tapi apakan daya ditakdirkan internet di rumah terpaksa dihentikan atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan...Harap-harap perkara ni tak berpanjangan...
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian,
Ketiadaan internet ini membuatkan diri ini terfikir betapa setiap makhluk tiada yang kekal...Hanya Khalik sahaja yang kekal abadi tiada kesudahan...Walaupun sedar bahawa diri kita tak kekal dan akan menemui kesudahannya suatu hari nanti, tapi boleh dikatakan kita masih belum menyediakan bekalan yang secukupnya...Bila difikir-fikirkan bekalan yang ada, terasa gerun juga sekiranya Allah memanggil menemuiNya saat dan ketika ini...Bersediakah kita? Selagi nyawa belum sampai di kerongkong dan selagi matahari masih belum terbit dari barat, saya menyeru diri saya yang kerdil ni dan sahabat-sahabat sekelian, marilah sama-sama kita basahkan lidah dan hati kita dengan memohon ampun kepada Allah di atas segala dosa dan kealpaan...hidupkanlah hati kita dengan zikir kepada yang Maha Mendengar...Hiasilah diri kita dengan amalan yang soleh serta akhlak yang indah...Moga-moga kita bertemu dengan Allah tanpa seribu penyesalan...
1 comment:
bole saya dptkan lambang sekolah ini...saya ex student SADR...
comment me at myspace...
rancid_mohawk89@yahoo.com
Post a Comment