Tuesday, April 13, 2010

KAEDAH CEMERLANG ULAMA SILAM...


Assalamualaikum....
Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah, Tuhan Pemberi segala kejayaan dan kecemerlangan kepada makhluk-maklukNya. Selawat dan salam buat Nabi Muhamad, penunjuk dan pembimbing ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat, para ahli baginda serta para sahabat baginda yang cemerlang.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekelian,

Setiap manusia mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan serta kebahagiaan dalam hidupnya. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi memastikan diri mereka memperolehi kejayaan dan kecemerlangan ini. Namun, untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan ini tidak semudah melafazkannya di bibir. Seluruh usaha dan kekuatan perlu dijanakan dan diadun dengan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.

Sejarah telah membuktikan bahawa kaedah yang dibawa oleh Islam mampu melahirkan individu yang cemerlang. Nama-nama seperti Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan ramai lagi bukan saja terkenal dikalangan umat Islam, bahkan turut dikenali oleh orang-orang barat yang majoritinya tidak beragama Islam. Karya-karya mereka juga telah menjadi sumber rujukan yang hebat oleh pemikir-pemikir barat. Apakah rahsia kehebatan mereka ini? Bagaimana mereka mampu menjadi secemerlang itu?

Al-Fadhil ustaz Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi telah menjelaskan di dalam bukunya yang bertajuk ' Amalan dan petua ulama silam dalam menuntut ilmu' beberapa petua dan kaedah ulama silam dalam membina kejayaan dan kecemerlangan. Antaranya:

1. Aqidah yang sejahtera.
2. Ibadah yang tepat.
3. Akhlak yang jitu.
4. Minda yang maju.
5. Tubuh badan yang sihat.
6. Mampu untuk berusaha sendiri.
7. Memelihara waktu.
8. Urusan kerja yang tersusun.
9. Melawan hawa nafsu.
10. Memanfaatkan diri untuk orang lain.

No comments: