Thursday, April 29, 2010
KALAU HENDAK...KITA AKAN DAPAT...
Assalamualaikum,
Segala puji dan puja hanya milik Allah, pentadbir alam semesta...Selawat dan salam buat rasul tercinta, Sayyidina Muhammad, ahli-ahli dan para sahabat baginda...
Kali ini saya ingin berkongsi satu cerita benar yang saya baca dari buku ' 100 kisah kehidupan'. Cerita ini amat menarik dan boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang inginkan kejayaan. Bacalah dan hayatilah serta ambillah pengajaran daripadanya.
Saya kurang berminat dengan subjek kimia dan hanya mendapat D6 untuk subjek itu dalam peperiksaan SPM.
Bagaimanapun, apabila saya diterima masuk ke pusat matrikulasi, saya memaksa-maksa diri untuk menyukai subjek itu. Saya menemui satu cara bagaimana untuk membuat saya suka kepada subjek kimia.
Apa yang saya lakukan adalah menulis, " Saya suka kimia" dalam buku kerja Kimia saya dan di beberapa tempat lain. Saya membayangkan saya kini suka kepada subjek itu.
Kebetulan guru kimia saya di pusat matrikulasi terbaca ayat yang saya tulis itu pada buku itu. Guru itu berkata,"wah, bagusnya awak! Bangganya saya."
Sejak itu, kimia tidak lagi menjadi masalah kepada saya. Menurut abah, jika mengikut teori Hukum Tarikan, seluruh tenaga di alam semesta telah menyokong ke arah berlakunya sangkaan saya bahawa saya menyukai kimia. Lalu apa yang saya fikirkan itu betul-betul berlaku. Saya akhirnya suka kepada kimia. Gred A bagi kertas kimia yang saya perolehi dalam peperiksaan semester pertama di pusat matrikulasi telah membantu menyumbang kepada mata kumulatif CGPA 4.0.
Sebenarnya menurut abah lagi, apa yang berlakuitu adalah sunnatullah. Hukum alam yang Allah sudah tentukan. Apabila seseorang itu bersangka positif tentang sesuatu, Allah akan memenuhi sangkaannya itu. Benarlah sabda Nabi S.A.W di dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman," Aku bersama apa yang hambaKu sangkakan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment