Monday, January 26, 2009

KAEDAH MEMBENTUK SIKAP POSITIF.

  1. Bersangka baik.

Asas dalam membentuk sikap positif di dalam diri adalah bersangka baik. Selalulah bersangka baik pada Allah Taala, diri sendiri dan manusia lain. Allah menjadikan kita lengkap dengan pelbagai keperluan asas untuk berjaya. Kita dikurniakan akal, ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pacaindera yang cukup dan hati yang mahu berjaya. Jangan menghalang diri kita daripada mencapai kejayaan.

  1. Jangan banyak alasan.

Orang yang bersikap negative sering berfikir bahawa dirinya tidak semampu orang yang sudah berjaya ataupun tidak memiliki kebolehan seperti orang lain. Mereka sering mencari dan memberi alas an kenapa orang lain boleh berjaya dan kenapa dirinya tidak berjaya. Bahkan mereka sering meletakkan segala kesalah pada faktor-faktor lain seperti masa dan keadaan apabila tidak berjaya. Mereka ini banyak karenah dalam hal menuju kejayaan dan kemajuan. Jika kita ingin menjadi orang yang berjaya, mulai sekarang berhentilah daripada memberi alasan.

  1. Sentiasa berfikir mendahului.

Sentiasalah berfikir kita boleh. Sentiasalah berfikir bahawa kita perlu memulakan dulu barulah perkara itu boleh selesai. Sentiasalah berfikir kita perlu bertindak dahulu barulah pekerjaan itu menjadi sempurna. Fikirlah untuk melakukan, jangan berfikir untuk melihat orang lain melakukan dahulu brulah kita melakukannya.

  1. Yakin pada kebolehan sendiri.

Sekiranya kita sendiri tidak yakin pada kebolehan kita, janganlah kita harapkan orang lain dapat yakin kepada kita. Itulah antara syarat asas yang perlu dipegang oleh insane yang benar-benar mahu cemerlang. Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukup dari sudut ilmu dan kemahiran serta yakin pada janji Allah. Sesungguhnya sesiapa yang rajin berusaha pasti akan berjaya, walau dalam apa bidang sekalipun. Sentiasalah bermuhasabah dan menilai diri sendiri bagi meningkatkan keyakinan diri kita.

Saturday, January 17, 2009

PENDIDIKAN DALAM ISLAM


PENGERTIAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat (al-ghoyah) pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh redha.

Tujuan serta matlamat dekat dan khusus (ahdaf) pendidikan Islam dirumuskan oleh Dr Abdur Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamat atau tujuan, iaitu matlamat yang bersifat fizik (ahdaf jismiyah, bersifat mental (ahdaf ‘aqliyah) dan bersifat kerohanian (ahdaf ruhaniyah).

Antara tujuan khas pendidikan Islam juga telah dikemukakan oleh al-Syaibani, iaitu:

  • (a) memperkenalkan generasi muda dengan aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, membiasakan mereka mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad-din;
  • (b) menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri anak-anak terhadap din, termasuk prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia, menyedarkannya akan bid’ah, khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang yang melekat tanpa disedari, sedangkan Islam bersih;
  • (c) menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan;
  • (d) mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak, membentenginya dengan aqidah dan nilai-nilai syara’ serta membiasakan mereka menahan rang-sangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik; dan
  • (e) membersihkan hati anak-anak daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci, kasar, zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk dan hina.

METOD PENDIDIKAN ISLAM

Setelah kita memahami tujuan dan dasar pendidikan Islam, kita perlu memahami metod yang boleh digunakan untuk merealisasikan sistem ini. Berdasarkan tulisan Muhammad Qutb dan an-Nahlawi, metod pendidikan Islam boleh dirumuskan seperti berikut:
(a) mendidik melalui dialog Qurani dan Nabawi;
(b) mendidik melalui kisah Qurani dan Nabawi;
(c) mendidik melalui perumpamaan;
(d) mendidik melalui teladan;
(e) mendidik melalui amal perbuatan;
(f) mendidik melalui ‘ibrah dan mau’izhah; dan
(g) mendidik melalui targhib dan tarhib.

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak

Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Justeru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.

Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)

1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah

1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)

2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)

3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)

4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)

5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)

6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’)

7. Pendidikan Kemahiran.

KESAN MAKANAN RINGAN ( JUNK FOOD ) TERHADAP OTAK

Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak

Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, Makanan ringan merosakkan fungsi otakotak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.

Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia (Junk Food Impairs Brain: Study, Steven de Sousa, Feb. 26 2001, University of Toronto, newsandevents.utoronto).

Thursday, January 15, 2009

RESEPI KEJAYAAN 1


Mujahadah

Firman Allah Taala yang bermksud, “ Mereka yang bermujahadah ( bersungguh-sungguh ) pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami.” Surah Al Ankabut : 69.

Ayat di atas, Allah telah memberikan satu panduan kepada kita untuk mendapat kejayaaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat iaitu melalui jalan mujahadah. Mujahadah bermaksud berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda, “ seorang mujahid adalah dia yang melawan hawa nafsunya kerana allah.”

Imam Al Ghazali pula telah berkata di dalam kitabnya Iya Ulumuddin, “ Antara tanda cinta hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir ataupun batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja- kerja yang sukar serta sanggup melawan nafsunya kerana Allah.”

BEBERAPA KELEBIHAN MUJAHADAH.

Imam ad-Darani berkata, “ Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui.”

Imam Fudhail Iyad berkata, “ Mereka yang bermujahadah mencari ilmu allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.”

Imam Junaid al-Baghdadi berkata, “ Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan.”

Saidina Abdullah bin Abbas radiyallahuanhuma pula berkata, “ Mereka yang bermujahadah melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan mereka jalan pahala dan ganjaran.”

Wednesday, January 14, 2009

KEBAIKAN KISMIS


Kebaikan kismis

Pembaca tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib. Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun.

Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :


Membantu menajamkan Minda:

Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.

Boron untuk tulang yang sihat:

Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.

P/S: Oleh itu, saranan saya kepada para pembaca ialah tingkatkan pengambilan kismis dengan kekerapan yang tinggi…Cuba renungkan mengapa orang2 Arab mempunyai daya ingatan yang kuat ?

Sunday, January 11, 2009

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran


1. Mengenalkan.

Saat yang paling tepat mengenalkan alQuran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orangtua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.

Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C. D.

Tempelkan gambar-gambar tersebut ditempat yang sering dilihat anak;

lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.

2. Memperdengarkan.

Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran bisa dilakukan secara langsung atau dengan memutar kaset atau CD.

Kalau ada teori yang mengatakan bahawa mendengarkan musik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insya Allah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.

Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca alQuran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.

Pasalnya, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya. Kondisi stress pada Ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.

Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila saja dan di mana saja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum dapat berbicara, insya Allah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan hairan kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surat al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara.

Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat alQuran (surat-surat pendek) kepadanya terbukti memudahkan sang anak menghafalkannya.

3. Menghafalkan.

Menghafalkan al-Quran elok dimulai sejak anak lancar berbicara. Mulailah dengan surat atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrat, hudan li an-nas, birr al-walidayn, dan sebagainya).

Menghafal boleh dilakukan dengan cara membiasakan diri dengan membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Lalu latihlah anak untuk menirunya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala.

Masa anak-anak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.

Orangtua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.

Agar anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik mobil dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai upaya membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat. Nabi saw. bersabda:

Demi Zat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan Al-Qur’an itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).

4. Membaca.

Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia.akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).

Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Orangtua penting memberikan contoh.

Jadikanlah membaca al-Quran, utamanya pada pagi hari selesai shalat subuh atau selesai shalat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum dapat membaca untuk bersama-sama mendengarkan kakak-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Orangtua mempunyai kewajiban untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.

Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak method yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada method Iqra, Qiroati dan sebagainya. Method-method itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orangtua untuk mahir membaca al-Quran.

Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orangtua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkah.

5. Menulis.

Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ditekan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.

Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling rapi menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, ia boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi (khat).

Rangkaian huruf menjadi suku kata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf-alQuran semata.

6. Mengkaji.

Ajaklah anak mulai mengkaji isi al-Quran. Ayah bisa memimpinnya setelah shalat magrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali kajian sekeluarga ini dilakukan. Tema yang dingkat bisa saja tema-tema yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.

Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga. Sekali waktu, tema yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.

Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Orangtua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

7. Mengamalkan dan memperjuangkan AI-Quran.

AI-Quran tentu tidak hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia.

Sampaikan kepada anak tentang kewajipan mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. Insya Allah, hal ini akan memotivasi anak.

Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada alQuran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.

Wallahu a’lam bi ash-shawab

Saturday, January 10, 2009

PENDIDIKAN ANAK


Pendidikan anak adalah perkara yang sangat penting di dalam Islam. Di dalam Al-Quran kita dapati bagaimana Allah menceritakan petua-petua Luqman yang merupakan bentuk pendidikan bagi anak-anaknya. Begitu juga dalam hadis-hadis Rasulullah saw kita temui banyak juga bentuk-bentuk pendidikan terhadap anak, baik secara perintah mahu pun perbuatan baginda mendidik anak secara langsung. Seorang pendidik, baik ibu bapa mahu pun guru hendaknya mengetahui betapa besarnya tanggungjawab mereka di hadapan Allah swt terhadap pendidikan anak-anak.

Tentang perkara ini, Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”. (At-Tahrim: 6)
Dan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim, Rasulullah saw bersabda,

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap di antara kalian adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban”

Untuk itu , seorang guru atau ibu bapa perlu tahu apa saja yang harus diajarkan kepada seorang anak serta bagaimana cara yang telah dituntunkan oleh junjungan umat ini, Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Beberapa tuntunan tersebut antara lain:

• Menanamkan Tauhid dan Aqidah yang Benar kepada Anak

Suatu hal yang tidak boleh dipungkiri bahawa tauhid merupakan landasan Islam. Apabila seseorang benar tauhidnya, maka dia akan mendapatkan keselamatan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, tanpa tauhid dia pasti terjatuh ke dalam kesyirikan dan akan menemui kecelakaan di dunia serta kekekalan di dalam adzab neraka. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan mengampuni yang lebih ringan daripada itu bagi orang-orang yang Allah kehendaki” (An- Nisa: 48)

Oleh kerana itu, di dalam Al-Quran pula Allah kisahkan nasihat Luqman kepada anaknya. Salah satunya berbunyi,

يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.(Luqman: 13)

Rasulullah saw sendiri telah memberikan contoh penanaman aqidah yang kukuh ini ketika baginda mengajari anak pakciknya, Abdullah bin Abbas ra dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dengan sanad yang hasan. Ibnu Abbas menceritakan;
“Pada suatu hari aku pernah berkenderaan di belakang Nabi (di atas kendaraan), baginda berkata kepadaku: “Wahai anak, aku akan mengajari engkau beberapa kalimat: Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah dihadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah. kalau seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk memberikan satu pemberian yang bermanfaat kepada mu, tidak akan bermanfaat hal itu bagi mu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan bermanfaat bagi mu). Ketahuilah. kalaupun seluruh umat (jin dan manusia)berkumpul untuk mencelakakan kamu, tidak akan mampu mencelakakan sedikit pun, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan sampai dan mencelakakan mu). Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran”.

Perkara-perkara yang diajarkan oleh Rasulllah saw kepada Ibnu Abbas di atas adalah perkara tauhid. Termasuk aqidah yang perlu ditanamkan kepada anak sejak dini adalah tentang di mana Allah berada. Ini sangat penting, kerana banyak kaum muslimin yang salah dalam perkara ini. Sebahagian mengatakan bahawa Allah ada di mana-mana. Sebahagian lagi mengatakan bahawa Allah ada di hati kita, dan beragam pendapat lainnya. Padahal dalil-dalil menunjukkan bahawa Allah itu berada di atas Arsy, iaitu di atas langit.

Dalilnya antara lain, “Ar-Rahman beristiwa di atas ‘Arsy” (Thaha: 5)
Makna istiwa adalah tinggi dan meninggi sebagaimana di dalam riwayat Al-Bukhari dari tabi’in.
Adapun dari hadis, Rasulullah saw bertanya kepada seorang budak wanita, “Di mana Allah?”. Budak tersebut menjawab, “Allah di langit”. Baginda bertanya pula, “Siapa aku?” budak itu menjawab, “Engkau Rasulullah”. Rasulllah kemudian bersabda, “Bebaskan dia, kerana sesungguhnya dia adalah wanita mukminah”. (HR. Muslim dan Abu Daud).

• Mengajari Anak untuk Melaksanakan Ibadah

Hendaknya sejak kecil putra-putri kita diajarkan bagaimana beribadah dengan benar sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw. Mulai dari tatacara bersuci, solat, puasa serta beragam ibadah lainnya.

Rasulullah saw bersabda,

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat” (HR. Al-Bukhari).
“Ajarilah anak-anak kalian untuk solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun (bila tidak mahu solat-pen)” (Shahih. Lihat Shahih Shahihil Jami’ karya Al-Albani).

Bila mereka telah boleh menjaga ketertiban dalam solat, maka ajak pula mereka untuk menghadiri solat berjemaah di masjid. Dengan melatih mereka dari dini, InsyaAllah ketika dewasa, mereka sudah terbiasa dengan ibadah-ibadah tersebut.

• Mengajarkan Al-Quran, Hadis serta Doa dan Dzikir yang Ringan kepada Anak-anak

Dimulai dengan surat Al-Fatihah dan surat-surat yang pendek serta doa tahiyat untuk solat. Dan menyediakan guru khusus bagi mereka yang mengajari tajwid, menghafal Al-Quran serta hadis. Begitu pula dengan doa dan zikir sehari-hari. Hendaknya mereka mulai menghafalnya, seperti doa ketika makan, keluar masuk tandas dan lain-lain.

• Mendidik Anak dengan Berbagai Adab dan Akhlak yang Mulia

Ajarilah anak dengan berbagai adab Islami seperti makan dengan tangan kanan, mengucapkan basmalah sebelum makan, menjaga kebersihan, mengucapkan salam, dll. Begitu pula dengan akhlak. Tanamkan kepada mereka akhlaq-akhlaq mulia seperti berkata dan bersikap jujur, berbakti kepada ibu bapa, dermawan, menghormati yang lebih tua dan sayang kepada yang lebih muda, serta beragam akhlaq lainnya.

• Melarang Anak dari Berbagai Perbuatan yang Diharamkan

Hendaknya anak dari kecil mungkin perlu diperingatkan dari beragam perbuatan yang tidak baik atau bahkan diharamkan, seperti merokok, judi, minum khamar, mencuri, mengambil hak orang lain, zalim, durhaka kepada ibu bapa dan segenap perbuatan haram lainnya.

Termasuk ke dalam permasalahan ini adalah muzik dan gambar makhluk bernyawa. Banyak ibu bapa dan guru yang tidak mengetahui tentang haram dua perkara ini, sehingga mereka membiarkan anak-anak bermain-main dengannya. Bahkan lebih dari itu –kita berlindung kepada Allah-, sebahagian mereka menjadikan dua perkara ini sebagai cara pembelajaran bagi anak, dan memuji-mujinya sebagai cara belajar yang baik!

Padahal Rasulullah saw pernah bersabda tentang muzik,

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ اَلْحِرَ وَالْحَرِيْرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ

“Sungguh akan ada dari umatku yang menghalalkan zina, sutra, khamr dan al-ma’azif (alat-alat musik)”. (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Abu Daud).

Maknanya: Akan datang dari muslimin kaum-kaum yang meyakini bahawa perzinaan, mengenakan sutera asli (bagi laki-laki, ), minum khamar dan muzik sebagai perkara yang halal, padahal perkara tersebut adalah haram.

Dan al-ma’azif adalah setiap alat yang bernada dan bersuara teratur seperti kecapi, seruling, drum, gendang, rebana dan yang lainnya. Bahkan loceng juga, kerana Rasulullah saw bersabda,
“Loceng itu serulingnya syaitan”. (HR. Muslim).

Adapun tentang gambar, guru terbaik umat ini (Rasulullah saw) telah bersabda,

كُلُّ مُصَوِّرٍ فِي النَّارِ، يَجْعَلُ لَهُ بِكُلِّ صُوْرَةٍ صَوَّرَهَا نَفْسًا فَتُعَذِّبُهُ فِي جَهَنَّمَ

“Seluruh tukang gambar (makhluk hidup) di neraka, maka kelak Allah akan jadikan pada setiap gambar-gambarnya menjadi hidup, kemudian gambar-gambar itu akan mengazab dia di neraka jahanam”(HR. Muslim).

إِنِّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَاباً عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَة اَلْمُصَوِّرُوْنَ

“Sesungguhnya orang-orang yang paling keras seksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah para tukang gambar.” (HR. Muslim).

Oleh kerana itu hendaknya kita melarang anak-anak kita dari menggambar makhluk hidup. Adapun gambar pemandangan, kereta, kapal terbang dan yang semacamnya maka ini tidaklah mengapa selama tidak ada gambar makhluk hidupnya.

• Menanamkan Cinta Jihad serta Keberanian

Bacakanlah kepada mereka kisah-kisah keberanian Nabi dan para sahabatnya dalam peperangan untuk menegakkan Islam agar mereka mengetahui bahawa baginda adalah sosok yang pemberani, dan sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Muawiyah telah membebaskan negeri-negeri.

Tanamkan pula kepada mereka kebencian kepada Yahudi dan orang-orang zalim. Tanamkan bahawa kaum Muslimin akan membebaskan Al-Quds ketika mereka mahu kembali mempelajari Islam dan berjihad di jalan Allah. Mereka akan ditolong dengan seizin Allah. Didiklah mereka agar berani beramar ma’ruf nahi munkar, dan hendaknya mereka tidaklah takut melainkan hanya kepada Allah. Dan tidak boleh menakut-nakuti mereka dengan cerita-cerita bohong, ganas serta menakuti mereka dengan gelap.

• Membiasakan Anak dengan Pakaian yang Syarie

Hendaknya anak-anak dibiasakan menggunakan pakaian sesuai dengan jenis kelaminnya. Anak laki-laki menggunakan pakaian laki-laki dan anak perempuan menggunakan pakaian perempuan. Jauhkan anak-anak dari model-model pakaian barat yang tidak syarie, bahkan ketat dan menunjukkan aurat.

Tentang hal ini, Rasulullah saw bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang meniru sebuah kaum, maka dia termasuk mereka.” (Shahih, HR. Abu Daud)
Untuk anak-anak perempuan, biasakanlah agar mereka mengenakan tudung penutup kepala sehingga ketika dewasa mereka akan mudah untuk mengenakan jilbab yang syarie.

Demikianlah beberapa tuntunan dari Rasulullah saw dalam mendidik anak. Hendaknya para ibu bapa dan pendidik boleh merealisasikannya dalam pendidikan mereka terhadap anak-anak. Dan hendaknya pula mereka ingat, untuk selalu bersabar, menasihati putera-puteri Islam dengan lembut dan penuh kasih sayang. Jangan membentak atau mencela mereka, apalagi sampai mengungkit-ungkit kesalahan mereka. Semoga boleh bermanfaat, terutama bagi ibu bapa dan para pendidik. Wallahu a’lam.

)* Diringkas oleh Abu Umar Al-Bankawy dari kitab Kaifa Nurabbi Auladana karya Syaikh Muhammad Jamil Zainu dan hadis-hadis tentang hukum gambar ditambahkan dari Hukum Tashwir Dzawatil Arwah karya Syaikh Muqbil bin Hadi

Saturday, January 3, 2009

KISAH BENAR....KEAJAIBAN AL-QURAN.


Kisah ini berlaku pada seorang gadis yang mengidap penyakit kanser hati. Dia adalah seorang gadis yang solehah dan taat pada perintah Allah. Takdir Allah s.w.t setelah dia ditahan di wad hospital ternyata dia positif mengidap kanser hati yang sudah kronik.

Akhirnya doctor menyampaikan kepada abang gadis tersebut bahawa keadaan adiknya semakin buruk dan boleh membawa kematian pada bila-bila masa. Ketika mengetahui keadaan dirinya semakin parah, gadis tersebut meminta kepada abangnya agar memberikan kepadanya mushaf Al-Quran agar dia boleh membacanya.

Gadis itu menghabiskan hari-harinya dengan membaca Al-Quran siang dan malam. Setiap kali selesai membaca al-quran, dia tiup pada kedua-dua tapak tangannya dan mengusap pada bahagian tubuh yang boleh dijangkau. Begitulah yang dilakukannya setiap hari, siang dan malam.

Satu keajaiban terbongkar di hadapan doktor yang merawatnya. Gadis itu kini telah menunjukkan perubahan yang positif. Hari demi hari penyembuhannya terasa dating begitu cepat. Para doktor semakin berasa hairan dan takjub dan gadis it terus melakukan apa yang telah dipraktiknya sehingga akhirnya dia benar-benar sembuh dengan izin Allah. Begitulah hebatnya mukjizat al-Quran yang Allah s.w.t turunkan kepada kita. Jadi, wajarkah kita membiarkan dan mengabaikan kitab suci ini?

Thursday, January 1, 2009

SESI PERSEKOLAHAN 2009 AKAN BERMULA


Para guru dan pelajar sekelian,
Tarikh 4 Januari semakin hampir bertemu dengan kita. Tidak lama lagi kita akan kembali memulakan tugas. Buat para guru, semoga tahun ini kita akan lebih proaktif dan komited dengan tugas dan tanggungjawab yang telah dipikulkan ke atas bahu kita. Bagi para pelajar pula, semoga lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi dalam menimba ilmu-ilmu di sekolah. Marilah sama-sama kita jadikan tahun 2009 ini sebagai tahun permulaan kecemerlangan kita sekiranya kita masih lagi belum mencapai kecemerlangan pada tahun-tahun yang lalu. Dan sekiranya kita sudah mengecapi kecemerlangan pada tahun-tahun yang lalu, semoga tahun ini kita akan lebih cemerlang dan sentiasa bergerak ke arah kecemerlangan pada tahun-tahun berikutnya.
Guru-guru dan pelajar-pelajar,
Syarat utama dalam mencapai kejayaan ialah keikhlasan yang terbina di dalam diri kita. Dengan wujudnya keikhlasan tersebut, kita akan lebih bertenaga dalam melaksanakan amanah yang diberi. Para ulamak pernah menyebut kekuatan keikhlasan ini mampu menumpaskan 100 orang musuh. Sebab itu Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita bahawa setiap perkara itu bermula dengan niat. Niatlah akan memandu sama ada kita akan berjaya atau tidak dalam semua perbuatan dan amalan kita. Walau apapun yang kita lakukan, letaklah Allah sebagai maksud kita dan keredhoanNya sebagai matlamat dan tuntutan kita. Seperti mana terkandung di dalam munajat kaum sufi,' Tuhanku, hanya Engkaulah maksudku, redho Engkaulah tuntutan ku, berikanlah daku kecintaan dan makrifat yang sempurna kepada Mu.'
Para guru dan pelajar-pelajar,
Bersempena hadirnya tahun baru ini, ,marilah kita bersama-sama tajdidkan niat dan jihad kita, agar apa yang kita impikan akan hadir di dalam hidup kita. Renungilah sabda Saidina Rasulallah SAW yang bermaksud 'tidak ada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, tetapi yang ada adalah niat dan jihad'

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 DAN 1430....