Thursday, January 15, 2009

RESEPI KEJAYAAN 1


Mujahadah

Firman Allah Taala yang bermksud, “ Mereka yang bermujahadah ( bersungguh-sungguh ) pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami.” Surah Al Ankabut : 69.

Ayat di atas, Allah telah memberikan satu panduan kepada kita untuk mendapat kejayaaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat iaitu melalui jalan mujahadah. Mujahadah bermaksud berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda, “ seorang mujahid adalah dia yang melawan hawa nafsunya kerana allah.”

Imam Al Ghazali pula telah berkata di dalam kitabnya Iya Ulumuddin, “ Antara tanda cinta hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir ataupun batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja- kerja yang sukar serta sanggup melawan nafsunya kerana Allah.”

BEBERAPA KELEBIHAN MUJAHADAH.

Imam ad-Darani berkata, “ Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui.”

Imam Fudhail Iyad berkata, “ Mereka yang bermujahadah mencari ilmu allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.”

Imam Junaid al-Baghdadi berkata, “ Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan.”

Saidina Abdullah bin Abbas radiyallahuanhuma pula berkata, “ Mereka yang bermujahadah melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan mereka jalan pahala dan ganjaran.”

No comments: