Wednesday, January 14, 2009

KEBAIKAN KISMIS


Kebaikan kismis

Pembaca tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib. Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun.

Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :


Membantu menajamkan Minda:

Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.

Boron untuk tulang yang sihat:

Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.

P/S: Oleh itu, saranan saya kepada para pembaca ialah tingkatkan pengambilan kismis dengan kekerapan yang tinggi…Cuba renungkan mengapa orang2 Arab mempunyai daya ingatan yang kuat ?

No comments: